fbpx
Anwar menghadiri Majlis Sentuhan Kasih Madani bersama diaspora Malaysia di Ankara malam tadi.

Anwar hadir Majlis Sentuhan Kasih Madani di Ankara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sentuhan Kasih Madani bersama diaspora Malaysia sejurus tiba Ankara, Turkiye malam tadi.

Anwar berkata, pertemuan itu menjadi ruang penting untuk beliau berkongsi hala tuju jelas Kerajaan Madani dalam mengurus ekonomi negara dan memperkukuh tatakelola yang berintegriti, telus serta berteraskan kepentingan rakyat.

“Saya tekankan bahawa kekuatan ekonomi yang mampan membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai manfaat secara terus kepada rakyat selain sokongan berterusan melalui agensi-agensi berkaitan.

“Dalam masa yang sama, rakyat perlu diperkasa dan dilengkapi dengan keupayaan menghadapi perubahan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) agar mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan dan kemajuan negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani akan terus berusaha memastikan kemakmuran yang dibina dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh, demi masa depan Malaysia yang lebih berdaya saing, inklusif dan berperikemanusiaan.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memohon doa semua supaya setiap rencana pertemuan serta perbincangan yang berlangsung sepanjang beliau berada di Turkiye membuahkan hasil bermakna buat rakyat dan negara.

Beliau mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula semalam atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI