fbpx
Amir (kanan) bersama Anthony Loke (kiri) sebelum memulakan Sesi Pembentangan Laporan Prestasi 2025 dan Pelan 2026 Prasarana di Menara Prasarana, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

37 peratus guna Pendigitalan Pas Bulanan My50 – Prasarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kadar penggunaan Pendigitalan Pas Bulanan My50 (DTP) mencapai 37 peratus daripada jumlah 254,329 pengguna pada Disember lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, sejak dilancarkan pada 1 Julai 2025, sebanyak 556,618 pas Digital My50 telah dibeli secara kumulatif.

“Sehingga kini, aplikasi MyRapid Pulse telah dimuat turun sebanyak 240,000 kali, dengan 96,000 pengguna aktif.

“Seramai 34,426 pengguna aktif mingguan menggunakan fungsi ‘real bus tracking’, membolehkan mereka memantau lokasi serta waktu ketibaan bas secara masa nyata, sekali gus membolehkan pengguna mengurus perjalanan harian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pembentangan Laporan Prestasi Prasarana 2025 dan Pelan Perancangan 2026 di Menara Prasarana, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dua lorong bas baharu akan diperkenalkan di Jalan Ipoh dan Jalan Gombak, dengan pelaksanaannya dijalankan berperingkat bermula suku ketiga 2026.

“Lorong bas sedia ada di Jalan Ampang pula akan dijadikan secara kekal selain pembinaan 250 hentian bas baharu, iaitu 200 di Lembah Klang dan 50 di Pulau Pinang menerusi peruntukan RM5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

“Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi penggantian 26 unit tren LRT baharu di Laluan Kelana Jaya, bagi meningkatkan kecekapan operasi laluan paling sibuk di Lembah Klang dengan perolehan set tren pertama dijangka diterima pada September 2028,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI