fbpx
Zaim Ikhwan bersama Haresh dan Ramzani di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Abai Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan kekal bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bapa Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 31,kekal dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan hingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada anaknya itu, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Suriyati Hasimah Mohd. Hashim yang membatalkan rayuan pihak pendakwa raya berhubung perkara itu.

Peguam Haresh Mahadevan berkata, ini selepas pendakwaan diwakili Pendakwa Raya Ainul Mardiyah Mohd. Ali memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka telah memfailkan Notis Penarikan Balik Rayuan pada pagi ini.

Menurutnya, ia rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 21 Julai lalu yang melepaskan dan membebaskan Zaim daripada pertuduhan dibawah Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Justeru, pihak pendakwaan tidak ingin meneruskan rayuan tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya membatalkan rayuan pihak pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaim Ikhwan turut diwakili Peguam Ramzani Idris pada prosiding hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Dr. Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada pertuduhan yang dibuat di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas pertuduhan pengabaian ke atas Zayn Rayyan.

Keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zaim Ikhwan pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, isterinya, Ismanira Abdul Manaf,31, kekal dipenjara selepas permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun ditolak Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI