fbpx
Tangkap layar kamera papan pemuka memaparkan lembaga (dalam bulatan) yang dirakam ketika melalui Bukit Miku, Kuala Pilah, malam kelmarin.

[VIDEO] ‘Tiga lembaga itu senyum, dalam dashcam ada satu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri terkejut apabila terlihat kelibat tiga lembaga tersenyum di tepi jalan ketika menuruni Bukit Miku di sini kira-kira 11.46 malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan dari Rantau ke Triang, Pahang turut dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) lori.

Kata Nurul Murni Azizul, 35, ketika kejadian dia menemani suami, Muhamad Asyraf Azman, 31, menghantar kereta tunda, selepas menuruni Bukit Miku dia ternampak tiga lembaga memandang sambil tersenyum ke arah mereka.

“Sebaik melalui kawasan berkenaan melepasi Kampung Orang Asli Kelapi, saya jelas nampak dua perempuan serta seorang lelaki berpakaian seluar dan baju-T memandang ke arah kami.

“Masa tu saya terus cakap jangan cakap apa-apa. Tapi suami saya tak perasan, jadi kami kemudiannya semak semula rakaman dashcam dan terkejut hanya nampak satu lembaga berpakaian serba putih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Nurul Murni, dia tidak sangka video berkenaan menjadi tular dan ada yang turut menyatakan pengalaman yang sama ternampak seperti ‘hantu’ di lokasi jalan Bukit Miku ke Inas berkenaan.

Kata Muhamad Asyraf berkata, selepas isterinya melihat lembaga itu, dia sudah tidak sedap hati apabila mendaki Bukit Miku menggunakan gear rendah sedangkan hanya menunda kereta jenis Proton Wira sahaja.

“Jadi patutnya tak berat, namun saya rasa lori berkenaan berat sekali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN