![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Vantage diberi penghormatan menerusi tiga gelaran berprestij di Professional Trader Awards 2025, anjuran Holiston Media. Anugerah-anugerah ini memberi pengiktirafan kepada Vantage dalam kategori-kategori Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik, Broker Paling Dipercayai dan Broker Dagangan Salinan Terbaik.
Professional Trader Awards mengiktiraf broker yang memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pedagang profesional dan aktif. Tahun ini, lebih 11,500 undian menyumbang kepada pemilihan 16 pemenang. Pada asalnya memfokuskan pada akaun profesional, anugerah-anugerah ini diperluas untuk menggambarkan aspek industri perdagangan yang lebih luas, termasuk teknologi, keadaan perdagangan, pendidikan serta sokongan pelanggan.
"Anugerah-anugerah tahunan ini memberi pengiktirafan kepada broker yang menerajui hala tuju dalam analisis, pelaksanaan, teknologi dan alat prestasi perdagangan, di samping turut menyediakan keadaan perdagangan serta perkhidmatan hubungan pelanggan," kata Archie Humphries, Pengarah di Holiston Media. "Pemenang-pemenang bagi anugerah tahun ini merupakan yang terbaik dalam bidang ini."
Pengiktirafan terhadap Vantage dalam tiga kategori memperlihatkan tumpuannya yang berterusan dalam membangunkan penyelesaian berorientasikan pedagang. Bermula daripada alat dagangan salinan kepada kehadiran yang sudah lama bertapak dalam industri ini dan program CSR yang dikhususkan untuk mencetuskan impak global yang bermakna, kemenangan ini menonjolkan Vantage sebagai broker yang utama.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage, mengulas: "Kami benar-benar berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Anugerah-anugerah ini menggambarkan dedikasi kami kepada pelanggan kami dan komuniti perdagangan yang lebih luas, seterusnya memotivasikan kami untuk terus berinovasi, membina kepercayaan serta menawarkan penyelesaian bertaraf dunia."
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Vantage yang memenangi anugerah, kunjungi Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang dirangka untuk menyokong pelanggan dalam mengakses pasaran global.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda berikan ke atas maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4848483_MS48483_6
















