fbpx
Gambar hiasan.

UMNO miliki peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Peranan yang dimainkan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sangat penting, khususnya dalam memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran negara.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kematangan politik yang ditunjukkan UMNO telah membantu memperkukuh perpaduan serta memastikan kerajaan berfungsi dengan baik.

“UMNO kini merupakan parti berteraskan Melayu terbesar dalam kerajaan dengan 30 Ahli Parlimen dan memegang lapan jawatan menteri penuh.

“Ini menunjukkan peranan signifikan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang akhbar di Bandar Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kestabilan politik ketika ini jelas berbeza berbanding penggal lalu yang menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun.

Katanya, kerajaan sedia ada berjaya mengekalkan seorang Perdana Menteri sepanjang hampir tiga tahun pentadbiran.

Menurutnya, kestabilan itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada agenda reformasi, pertumbuhan ekonomi dan tadbir urus yang lebih teratur, sekali gus mencerminkan kemakmuran negara dengan petunjuk ekonomi yang positif.

Terdahulu, Presiden UMNO, menegaskan bahawa parti itu termasuk Barisan Nasional (BN) akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama PH hingga tamat penggal.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan pendirian UMNO dan BN ketika memasuki kerjasama dengan PH sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan pada Disember 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI