Bermula daripada storan pintar hinggalah keselamatan rumah proaktif dan pengecasan canggih, UGREEN memperkenalkan visi baharu untuk kehidupan terhubung.
LAS VEGAS, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — UGREEN, iaitu jenama barangan elektronik pengguna global yang terkemuka mendedahkan visi "Activate Smarter Living" ("Aktifkan Kehidupan Lebih Pintar") di CES 2026 dan memperkenalkan portfolio kehidupan terhubung yang paling bercita-cita tinggi setakat ini. Sorotan penting termasuk NASync iDX Series, perkakasan NAS generasi akan datang yang menggandingkan prestasi terunggul dengan AI pada peranti yang berkuasa, seterusnya membawakan kecerdasan setempat persendirian ke dalam rumah. Berkembang dalam bidang keselamatan rumah pintar, UGREEN turut mengumumkan SynCare Series, iaitu ekosistem keselamatan rumah pintar yang pertama daripada jenama ini yang direka untuk memberikan perlindungan pintar dan proaktif untuk setiap rumah, serta Pengecas Atas Meja Nexode Pro 300W yang menyediakan prestasi pengecasan yang cemerlang, 8 port serta pelbagai ciri pintar.
Para hadirin CES boleh meneroka ekosistem rumah lebih pintar UGREEN di Reruai #30025 di Dewan Selatan LVCC, lokasi barisan penuh jenama ini dipamerkan.
NASync iDX6011 & iDX6011 Pro: Awan Persendirian Terunggul Dikuasakan oleh AI Setempat Terjamin
UGREEN memperluas portfolio NASync yang memenangi anugerah dengan iDX6011 dan iDX6011 Pro, dua model storan bersambung rangkaian generasi akan datang yang meningkatkan prestasi secara mendadak dan dalam masa yang sama membawakan AI setempat yang terjamin ke rumah, studio serta perniagaan kecil-kecilan. Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Ultra dan membawakan ingatan LPDDR5x sehingga 64GB, dwirangkaian 10GbE, dwiport Thunderbolt™ 4 dan storan boleh skala sehingga 196TB, model-model baharu ini memberikan pemindahan dan pemprosesan data sepantas kilat, pengurusan fail pintar dan keselamatan gred perusahaan, kesemuanya tanpa bergantung pada sebarang perkhidmatan awan.
Diinfusikan dengan generasi baharu kecerdasan pada peranti, NASync iDX Series menggunakan AI setempat sepenuhnya bagi membantu pengguna mencari dan berinteraksi dengan fail mereka secara sejadi bagi mencari serta-merta momen, wajah, objek, dokumen dan kenangan. AI juga boleh menyusun pustaka foto secara automatik, mendayakan sembang AI luar talian dan mentranskripsikan atau meringkaskan nota suara dalam beberapa saat. Keupayaan utama termasuk:
- Carian Sejagat: Cari fail mengikut cara anda berfikir, bukan seperti cara komputer berfikir. Pengguna boleh menerangkan konsep, pemandangan, idea atau ingatan separa dan sistem akan mendapatkan semula dokumen, foto, kandungan aplikasi dan sebagainya yang berkaitan secara serta-merta.
- Sembang AI Uliya: Model bahasa besar terbina dalam membolehkan pengguna bertanyakan soalan-soalan biasa mengenai fail yang disimpan, meringkaskan dokumen, menghasilkan nota dan berinteraksi dengan pangkalan pengetahuan peribadi sepenuhnya di luar talian.
- Album AI: Mengenal pasti wajah, haiwan, objek, pemandangan dan teks, kemudian mengkategorikan dan mendapatkan semula imej yang betul secara automatik mengikut arahan. Hanya perlu menaip "ayah menunggang basikal" dan imej yang berkaitan dipaparkan serta-merta.
- Memo Suara: Rakaman audio boleh dimuat naik dan ditranskripsikan, diterjemahkan dan diringkaskan pada peranti. Amat sesuai untuk mesyuarat, temu duga, bilik darjah atau rakaman keluarga.
- Penyusunan Fail AI: Dokumen, foto dan muat turun disusun secara automatik mengikut jenis, tarikh dan nama sebaik sahaja anda memuat naiknya bagi memastikan semuanya kemas, jelas dan boleh dicari serta-merta.
UGREEN SynCare Series: Keselamatan Rumah Pintar untuk Kehidupan Sebenar
SynCare memperlihatkan penyertaan UGREEN dalam bidang keselamatan rumah dengan sistem semua-dalam-satu yang menyatukan kamera dalaman dan luaran yang ditingkatkan oleh AI, loceng pintu video dan paparan kawalan pusat ke dalam satu rangkaian pintar. Sebagai terasnya, AI memperkasakan sistem untuk memahami konteks dan menjangkakan keperluan, manakala sambungan IoT yang mantap berfungsi sebagai tulang belakangnya. Berfungsi jauh melangkaui rakaman pasif sahaja, SynCare mentafsirkan peristiwa secara aktif dan bertindak balas, seterusnya mengubah pemantauan rumah menjadi penjaga yang prihatin dan bersepadu.
Ekosistem ini mencakupi pelbagai jenis kamera dan antara muka yang canggih. Nadi bagi barisan peranti ini ialah SynCare Indoor Cam ID500 Pro (4K) dan ID500 Plus (2K) yang kedua-duanya membawakan penjejakan pendar-dongak yang lancar dan AI berbilang mod untuk mengecam orang, haiwan peliharaan serta peristiwa penting dengan tepat. Bagi dunia luar, SynCare Outdoor Cam OD600 Pro membawakan ciri ketahanan yang dinilai oleh cuaca, reka bentuk peluru/PTZ hibrid, zum optik dan rakaman 24/7 tanpa gangguan untuk kesedaran perimeter yang komprehensif. Akhir sekali, SynCare Video Doorbell DB600 Pro memberikan video 4K+2K dari hujung rambut hingga hujung kaki, pengesanan pintar serta ketersambungan storan setempat yang lancar.
Semua peranti ini disambungkan melalui SynCare Smart Display D500, hab rumah pusat dengan Wi-Fi dwijalur, kawalan berasaskan aplikasi dan pelaporan peristiwa pada masa nyata yang menyatukan seluruh pengalaman keselamatan dalam satu antara muka yang intuitif. Sistem pengawasan yang canggih ini menggabungkan Penglihatan Malam UltraColor dan pengecaman berbilang mod AI bagi mencapai kejelasan yang menghampiri waktu siang hari dan pengesanan yang tepat, selain membawakan kesedaran silang kamera dan amaran berasaskan risiko pintar, selain turut memastikan privasi penuh menerusi storan setempat yang disulitkan melalui UGREEN NASync, lau menghapuskan fi awan serta kebocoran data yang berpotensi berlaku.
Pengecas Atas Meja Nexode Pro 300W: Kuasa Lebih Pintar untuk Setiap Peranti
Turut melengkapkan barisan CES UGREEN ini ialah Pengecas Atas Meja Nexode Pro 300W GaN, stesen pengecas atas meja lapan port yang direka untuk isi rumah dan ruang kerja berbilang peranti. Ia mengagihkan kuasa dengan pintar merentas komputer riba, tablet dan telefon yang disambungkan dan memastikan setiap satu daripadanya menerima kelajuan dan perlindungan optimum. Ciri-ciri utama termasuk tiga port PD 3.1 140W untuk pengecasan komputer riba yang pantas, port DC 240W khusus untuk komputer riba permainan dan stesen kerja serta paparan TFT 3-inci yang menunjukkan status pengecasan pada masa nyata. Pengguna juga boleh memilih daripada lima mod pengecasan pintar, memantau dan mengawal tetapan melalui UGREEN App dan bergantung pada teknologi Thermal Guard demi pengecasan berkuasa tinggi yang selamat.
Harga dan Ketersediaan
Prapesanan dibuka di nas.ugreen.com hari ini. Pelanggan boleh mendapatkan penjimatan sehingga $1,040 dengan membuat tempahan berserta deposit sebanyak $30. Kempen Kickstarter akan dilancarkan pada bulan Mac.
- iDX6011 Pro (64GB RAM): $1,559 (MSRP $2,599)
- iDX6011 (64GB RAM): $1,199 (MSRP $1,999)
- iDX6011 (32GB RAM): $999 (MSRP $1,699)
SynCare Series akan tersedia pada separuh kedua tahun 2026, manakala Nexode Pro Series akan tersedia sekitar Suku Kedua 2026 di www.ugreen.com.
Latar Belakang UGREEN
Sejak tahun 2012, UGREEN mengkhusus untuk mencipta peranti dan aksesori elektronik inovatif yang berteknologi maju dan juga mampu milik untuk pengguna. Pendekatannya yang berfokuskan pengguna menjadi teras jenama ini yang mendapat kepercayaan daripada lebih 200 juta pengguna di peringkat global. Akhir-akhir ini, jenama ini berkembang ke dalam bidang-bidang baharu yang inovatif, termasuk penyelesaian NAS dikuasakan AI, seterusnya meningkatkan lagi komitmennya untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berkembang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Gabrielle Wang (Pasaran NA): [email protected]
Polina Zhang (Pasaran EU): [email protected]
Lain-lain: [email protected]
Lebih banyak gambar produk: https://drive.google.com/drive/folders/1-9QFBSDGEvnUFEzB0JYI6obC3DIE7f_a
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855085_MS55085_6















