PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd. Radzi Jidin menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
“Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN sekitar 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediaman. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau,” katanya.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu, Suffi Yusoff kepada pihak media hari ini.
“Ya. Beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE














