fbpx
Dr. Mahathir

Tun M retak bahagian pinggul kanan, dipantau rapi pasukan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan mengalami keretakan pada bahagian pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya awal pagi ini.

Pegawai Pejabat Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusuf berkata, beliau mengalami kecederaan tersebut dan dijangka perlu dirawat serta dipantau di hospital untuk tempoh beberapa minggu.

“Dr. Mahathir terjatuh kira-kira pukul 7.30 pagi di kediamannya sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan sedar.

“Beliau seterusnya dimasukkan ke wad sekitar pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keadaan kesihatan Dr. Mahathir kini berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan bagi memastikan rawatan lanjut dapat diberikan dengan sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI