fbpx
GAMBAR fail bangunan-bangunan diselimuti salji di Nuuk, Greenland.- Foto AFP

Trump mungkin serang Greenland esok – Pakar sains politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS –  Amerika Syarikat (AS) mungkin menyerang Greenland seawal esok hari, lapor portal berita Daily Express, memetik kenyataan seorang pakar sains politik di Perancis.

Pakar institut Sciences Po Bordeaux, Profesor Dario Battistella berkata: “Kita tidak boleh menolak kemungkinan Presiden  Donald Trump menyerang Greenland.”

Amaran tersebut dibuat susulan pengeboman AS ke atas Venezuela Sabtu lalu yang menghidupkan semula kebimbangan mengenai pengambilalihan Amerika terhadap Greenland, wilayah milik Denmark.

Walaupun Trump berjanji menamatkan peperangan melibatkan Amerika, tindakan beliau di Venezuela menunjukkan sebaliknya.

Battistella berhujah bahawa slogan ‘No More Forever Wars’ atau ‘Tiada Lagi Perang’ hanya merupakan caraTrump untuk mencapai matlamat ‘Amerika Didahulukan.’

Ini bermakna Trump akan terus menggunakan kekuatan tentera apabila beliau merasakan cara tersebut perlu bagi melindungi kepentingan nasional AS.

Battistella berkata: “Jika, menurut tafsirannya (Trump), ‘Amerika Didahulukan’ memerlukan kekuatan bersenjata, seperti yang  berlaku di Venezuela dan mungkin esok di Greenland, Trump akan melancarkan perang yang beliau harapkan dapat dimenangi dengan cepat.”

Presiden AS itu berkata kelmarin bahawa Amerika memerlukan Greenland demi keselamatan negara, pendirian yang dipegangnya sejak menduduki White House buat kali kedua.

Profesor itu menjelaskan: “Itu hanya alasan. Objektif sebenar adalah merampas kawalan ke atas sumber galian semula jadi (Greenland).” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI