BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand diserang kekasih seorang wanita yang didakwa menggodanya selepas mereka ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah rumah, lapor portal berita Must Share News semalam.
Dalam kejadian pada 24 Disember 2025, mangsa yang dikenali sebagai Beam pada awalnya dihampiri seorang wanita yang meminta untuk berkenalan.
Selepas mengajak Beam duduk semeja dengannya di kedai makan, mereka berbual dan saling bertukar profil media sosial.
Wanita itu mengajak Beam ke rumahnya dengan alasan mahu menunjukkan kucingnya kepada mangsa, selain mengaku tidak mempunyai teman lelaki.
Beam mengikut wanita itu pulang dan mereka mula bermesra.
Namun, teman lelaki wanita berkenaan tiba-tiba pulang ke rumah lalu membelasah Beam.
Mangsa berjaya meninggalkan rumah itu sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya dan membuat laporan polis.
Teman lelaki wanita tersebut juga membuat laporan di balai polis. Dia menuduh Beam pencuri serta menceroboh masuk ke rumah tersebut. – AGENSI














