fbpx
ZII JIA mengakui prestasi masih belum 100 peratus selepas lama berehat akibat masalah kecederaan. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka Malaysia: Zii Jia akui pergerakan ‘berat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa akur gagal mencatat keputusan diharapkan apabila tersingkir di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, bekas juara Asia dan All England itu tewas 12-21, 17-21 kepada pemain muda dari India, Ayush Shetty dalam tempoh 39 minit.

Akur dengan kekalahan itu, Zii Jia mengakui tahap kercergasan belum berada pada tahap terbaik selain mendapati pergerakannya di dalam gelanggang masih ‘berat’ selepas 111 hari tidak bermain secara kompetitif.

“Nampak tadi memang saya belum 100 peratus (fizikal) dan saya juga tidak berpuas hati dengan prestasi hari ini. Saya juga tahu dia bukanlah seorang pemain yang mudah untuk ditentang.

“Tahun lepas memang prestasi dia sangat bagus dan boleh dikira sebagai bintang sedang meningkat naik. Memang pergerakan saya pun nampak berat, jadi banyak yang perlu diperbaiki,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Tahun lalu, bekas perseorangan lelaki No.1 negara itu terpaksa berehat panjang bagi memberikan perhatian kepada proses pemulihan kecederaan sehingga memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, Zii Jia turut mengakui masih ada beberapa perkara positif dapat diambil daripada perlawanan hari ini, termasuk sokongan padu yang diterima daripada penyokong sendiri.

“Antara perkara positif yang saya dapat tengok hari ini adalah penyokong kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan sabar dengan saya. Saya juga dapat bermain tanpa kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI