fbpx
TANG JIE- Ee Wei bakal berdepan pasangan Indonesia pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei tingkat tahap waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei enggan mendabik dada mengenai rekod tanpa kalah mereka ke atas pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu menjelang aksi pembukaan Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, hari ini.

Walaupun memiliki rekod pertemuan sempurna 6-0 ke atas gandingan Indonesia itu, pasangan nombor empat dunia berkenaan memilih untuk kekal berwaspada apabila menyedari setiap perlawanan terutama kejohanan berstatus Super 1000 menuntut tahap fokus dan komitmen maksimum.

“Saya rasa sentiasa sukar menentang mereka. Apa yang kami boleh buat adalah bersedia seperti biasa, berikan segalanya dan cuba untuk menang

“Ia sentiasa sukar. Apa yang kita boleh buat adalah lakukan yang terbaik sahaja, selebihnya bergantung kepada prestasi pada hari perlawanan,” kata Tang Jie.

Ee Wei pula menyifatkan persiapan mereka menjelang kejohanan pembuka tirai musim di laman sendiri berada pada tahap positif, lebih-lebih lagi dengan sokongan padu peminat tempatan.

“Semua persiapan setakat ini bagus. Apa yang penting kita buat yang terbaik kerana ramai peminat datang menyokong pemain Malaysia. Kami harap dapat berikan persembahan terbaik untuk mereka,” katanya.

Mengulas status mereka sebagai juara dunia, Ee Wei menegaskan gelaran itu tidak memberi tekanan tambahan, sebaliknya mereka mahu menikmati permainan tanpa meletakkan beban berlebihan.

“Tak kisah selepas juara dunia atau sebelum ini, yang penting kami sentiasa berikan yang terbaik di dalam gelanggang dan menikmati permainan,” katanya.

Pada edisi tahun lalu, Tang Jie-Ee Wei mara sehingga separuh akhir sebelum tewas kepada gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI