fbpx
PEARLY

Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah mahu bertahan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah bertekad memberikan segala-segalanya pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 terutama sekali mahu kekal lebih lama cabaran di pentas Super 1000 tersebut.

Berbekalkan pengalaman pahit tersingkir awal pada tiga edisi terdahulu, pemenang pingat Sukan SEA Thailand 2025 itu berazam menempuh segala cabaran sehingga mampu menempah tiket ke pentas final ketika tirai saingan dibuka hari ini.

“Saya harap peminat dapat terus menonton kami beraksi selama mungkin di Axiata Arena. Itu sasaran saya pada tahun ini,” katanya.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly menegaskan fokusnya tetap sama terutama memberi tumpuan satu demi satu perlawanan kerana sedar akan cabaran beregu wanita yang lain.

“Seperti biasa, kami akan letakkan sasaran satu demi satu perlawanan. Sudah tentu jangkaan tinggi kerana kami pilihan kedua kejohanan, tetapi kami perlu jadikan tekanan itu sebagai motivasi,” ujarnya.

Pearly-Thinaah akan membuka kempen menentang pasangan India, Rutaparna Panda-Swetaparna Panda dengan potensi pertemuan pusingan kedua menentang gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand atau wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari.

Sekiranya mara ke suku akhir, mereka berkemungkinan bertembung beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, sebelum laluan lebih getir di separuh akhir menentang sama ada pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian atau gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Mengulas perlawanan pembukaan, Pearly mengakui cabaran awal tetap sukar memandangkan prestasi mereka di Terbuka Malaysia sebelum ini tidak begitu memberangsangkan.

“Pusingan pertama pun saya rasa tak mudah. Semua tahu kami tidak pernah benar-benar bermain baik di Terbuka Malaysia. Jadi sasaran utama adalah melepasi halangan pertama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI