fbpx
Pengarah sebuah IPTA di Kedah direman bagi membantu siasatan kes menggunakan kedudukan untuk pembekalan kain batik di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Pengarah IPTA direman bantu siasatan kes salah guna kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang pengarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negeri ini direman bagi membantu siasatan kes menggunakan kedudukan sebagai pengerusi koperasi berkaitan pembekalan kain batik, dua tahun lalu.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini terhadap wanita berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Permohonan reman dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sungai Petani kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

“Suspek direman bagi membantu siasatan kes menggunakan kedudukan sebagai pengerusi koperasi dengan melantik syarikat milik anak untuk kerja-kerja pembekalan kain batik bernilai kira-kira RM16,000.

“Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dilakukan sekitar Ogos 2024 di mana pembekalan kain batik itu bertujuan untuk pembuatan baju batik tenaga pengajar dan kakitangan institusi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN