BACHOK – Tragedi seorang pelajar berusia sembilan tahun yang lemas di Pantai Kemayang di sini minggu lalu ternyata membuatkan orang ramai risau dan takut untuk mendekati laut ekoran ombak besar sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. Tinjauan mendapati kawasan peranginan itu lengang walaupun cuti persekolahan belum berakhir. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, rondaan dua kali sehari yang dilakukan mendapati pengunjung sudah berkurangan sejak kejadian lemas tersebut. Katanya, anggota akan berhenti apabila ternampak pengunjung di pinggir…














