MADISON – Michael Schumacher yang merupakan penulis dihormati berpangkalan di Wisconsin dan dikenali ramai kerana penulisan biografinya, meninggal dunia 29 Disember tahun lalu pada usia 75 tahun, lapor saluran berita NDTV.
Berita itu disahkan oleh anak perempuannya, Emily Joy Schumacher, namun punca kematian tidak didedahkan.
Schumacher menulis karya popular berjudul Francis Ford Coppola: A Filmmaker’s Life, Crossroads: The Life and Music of Eric Clapton dan Dharma Lion, a biography of Beat poet Allen Ginsberg.
Hasil kerjanya yang lain termasuk Mr Basketball mengenai legenda NBA, George Mikan.
Bagaimanapun, pengumuman kematiannya mencetuskan kekeliruan di internet kerana namanya sama seperti juara tujuh kali kejohanan Formula Satu, Michael Schumacher. – Agensi














