fbpx
Tangkap layar memaparkan aksi suspek tersebut.

Mangsa tembakan ada rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang pembekal pengawal keselamatan di sebuah restoran makanan segera di Banting, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah, namun butiran lanjut tidak dapat didedahkan buat masa ini.

“Semakan mendapati mangsa memiliki rekod jenayah, namun kami tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

“Usaha mengenal pasti identiti suspek sedang dijalankan dan polis menyiasat motif kejadian dari pelbagai sudut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hasrat seorang bapa untuk membeli makanan buat tiga anaknya berakhir dengan tragedi berdarah apabila lelaki itu mati ditembak ala mafia di sebuah restoran makanan segera tersebut.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam dengan mangsa berusia 38 tahun ditemukan terlentang di luar restoran tersebut dengan beberapa kesan tembakan serta tompokan darah.

Mangsa ditembak beberapa das oleh suspek yang menunggang motosikal sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes tersebut turut tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar terus menembak mangsa dari jarak dekat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI