fbpx
BERGSON meledak satu gol buat JDT ketika pasukan itu berjaya menewaskan Selangor kelmarin.

Liga Super: JDT sukar capai standard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui pasukannya kini berada di bawah tahap sebenar tanpa kelibat pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi yang terpaksa disisihkan ekoran kecederaan hamstring yang dialami pada November lepas.

Skuad Harimau Selatan jelas tidak beraksi seperti biasa meskipun menang 2-0 ke atas seteru tradisi, Selangor FC dalam saingan Liga Super kelmarin hasil jaringan sendiri Richmond Ankrah dan Bergson da Silva.

Menurut Xisco, tumpuan diberikan ketika ini untuk Arif Aiman menjalani proses pemulihan terlebih dahulu tanpa memberikan garis masa bila pemain berusia 24 tahun itu akan kembali secara kompetitif.

“Arif Aiman tidak akan kembali bersama pasukan dalam masa terdekat dan saya harap pasukan dapat terus bersabar. Apa yang penting dia pulih sepenuhnya dan selepas itu kita beri dia masa untuk meningkatkan tahap kecergasan.

“Sudah tentu tanpa kelibat Arif Aiman agak sukar kerana dia adalah salah seorang pemain muda terbaik di Asia. Saya tahu dia sedang bekerja keras dan sudah tentu akan bangkit dengan lebih kuat.

“Inilah hakikat yang perlu kita terima sekarang kerana pemain sepertinya sangat sesuai dengan falsafah JDT dan tiga mata yang kita raih kali ini adalah hadiah buatnya yang berada di rumah,” katanya.

Skuad Harimau Selatan dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan rentak 13 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super sekali gus mencerahkan peluang untuk mempertahankan trofi berprestij itu sejak 2014.

Arif Aiman telah mengalami kecederaan serius ketika diturunkan skuad Harimau Malaya sewaktu menentang Nepal dan terpaksa menjalani pembedahan di Finland pada bulan lalu.

Kehilangan Arif Aiman selama dua bulan tidak menjejaskan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu untuk diiktiraf antara penggelecek terbaik 2025 menerusi laman sukan antarabangsa, Sofascore baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN