fbpx
Tangkap layar perkongsian di media sosial memaparkan Henry Lau ketika membuat persembahan.

Lagi penyanyi Korea ‘mengadu’ buat persembahan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Korea Selatan dan bekas ahli kumpulan Super Junior-M, Henry Lau, tidak puas hati apabila mendakwa lokasi konsertnya di Marina Bay Sands sempena sambutan tahun baharu di Singapura tidak sesuai untuk membuat persembahan, sekali gus menyukarkan peminat melihat persembahannya dengan jelas.

Menerusi perkongsian di media sosial, sebahagian daripada mereka mengadu pengalaman menonton tidak seperti dijangkakan walaupun membeli tiket VIP.

“Apa maksudnya ini VIP? Jauh dari pentas, ada tiang penghalang, cahaya lampu pula menyilaukan,” tulisnya di kapsyen video.

Henry Lau turut menyuarakan rasa kecewa terhadap lokasi konsert itu, menyifatkannya tidak sesuai untuk membuat persembahan.

“Tempat ini bukan untuk buat persembahan. Saya minta maaf atas situasi ini. Saya harap selepas hari ini, tiada lagi penyanyi atau penghibur akan buat persembahan di sini. Kalau saya berdiri di sini, mereka tidak boleh nampak saya disebabkan tiang ini. Tiada siapa boleh nampak saya,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial yang rata-rata bersetuju kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi konsert.

“Dewan Konvensyen ni untuk majlis, bukannya konsert. Apa yang penganjur fikirkan ni?” komen Ms Dot.

“Inilah sebabnya kami tak lagi hadir ke konsert di Singapura, langsung tak ada pertimbangan, cuma nak buat duit saja,” kata @pixiepoppy6

“Biarlah artis ajar penganjur acara di mana tempat terbaik untuk buat konsert. Kami dah bayar mahal tapi dapat kualiti macam ni,” komen @ghost.gsc

Konsert Henry Lau merupakan sebahagian daripada Singland Festival anjuran Season Culture yang turut menampilkan artis antarabangsa lain seperti Rain, Terry Lin dan NE-YO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI