fbpx
Muhammad Hazim Rafiq yang dirawat di ICU Hospital Krabi dipindahkan ke wad pembedahan hospital itu pada semalam.

Kemalangan Krabi: Kos rawatan, pembedahan Hazim cecah RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Kos rawatan pemuda di Hospital Krabi, Thailand selepas terlibat kemalangan di negara itu dijangka terus meningkat dan setakat semalam sudah mencecah 204,543 baht atau RM26,384.

Menurut Muhammad Harith Rafie Hussain, 24, adiknya, Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, telah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad pembedahan hospital itu pada semalam.

Katanya, adiknya sudah sedar, namun tidak boleh bercakap kerana terdapat tiub pada saluran pernafasan.
“Jumlah bil hospital sehingga hari ini adalah kira-kira 204,543.75 baht yang mana ia tidak termasuk kos pembedahan.

“Hazim dijangka menjalani pembedahan kompleks pada bahagian muka dan kos prosedur itu dianggarkan 100,000 baht atau kira-kira RM12,900 lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas selesai proses pembedahan dan keadaan adiknya stabil, keluarga merancang untuk membawanya pulang bagi meneruskan rawatan di hospital dalam negara.

Tambahnya, setakat ini, hasil sumbangan yang berjaya dikumpul kira-kira RM20,000.

Bagi yang mahu menyumbang boleh menghubungi Muhammad Harith di talian 017-4742348.

Kosmo! semalam melaporkan pemuda, Muhammad Hazim yang dirawat di Hospital Krabi selepas terlibat kemalangan pada Rabu lalu dalam keadaan stabil.

Dia mengalami kecederaan parah termasuk pendarahan pada kepala, paru-paru bocor dan retak pada tulang bahagian pinggang.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima rakan menunggang motosikal secara berkonvoi ke Thailand pada Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN