PETALING JAYA – Seorang penduduk meluahkan rasa kecewa apabila jalan di Kampung Sungoi, Kota Marudu, Sabah didakwa rosak selepas dilanda banjir baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @islacassie, kelihatan permukaan jalan berkenaan nipis, berlubang serta sebahagiannya pecah sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna.
“Kualiti jalan di Sabah, nipisnya. Jalan Kampung Sungoi, Kota Marudu selepas banjir,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut bimbang dengan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya tersebut.
“Sudah macam keropok jalannya,” komen @hantubantu
“Kesiannya penduduk kampung di situ dan orang awam yang guna jalan raya tu. Hati-hati semua,” kata Fara Iman.
“Lapisan jalan sepatutnya ada tiga, paling bawah, tengah dan tar. Ini satu lapisan atas saja,” komen Zulkifli Budin. – KOSMO! ONLINE














