fbpx
GAMBAR fail Ibu Pejabat Polis Bandar Makassar. - Foto Detikcom

Isteri rakam video suami noda pekerja wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Seorang isteri disyaki merakamkan video suaminya menodai seorang pekerja wanita berumur 22 tahun di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Detik News semalam.

Suami wanita itu ialah bos pekerja wanita tersebut. Jenayah itu disyaki berlaku di rumah pelaku di Barombong Makassar awal bulan ini.

Motif si isteri merakam perbuatan suaminya adalah supaya mangsa dipaksa bekerja tanpa menerima gaji.

“Menurut keterangan mangsa, rakaman itu mungkin digunakan sebagai ugutan. Suspek sebelum itu berkata,  kamu (mangsa) mesti bekerja di sini tanpa bayaran’.

“Menurut mangsa, dia harus bekerja selama 15 tahun,” kata Setiausaha Yayasan Pemerhati Masalah Perempuan (YPMP) Sulawesi Selatan, Alita Karen di Ibu Pejabat Polis Bandar Makassar, seperti dilaporkan laman berita detikSulsel.

Alita mendedahkan bahawa mangsa sudah bekerja di perniagaan milik pasangan suami isteri itu selama 3 bulan. 

Beliau berharap polis menyiasat kes itu dengan lebih mendalam kerana beberapa pekerja sebelum ini tidak tahan bekerja di situ. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI