fbpx
Zulkifli (dua dari kanan) menerima kunjungan penggerak GSF dan Sumud Nusantara hari ini.

Global Sumud Flotilla lebih besar tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan antarabangsa Global Sumud Flotilla (GSF) akan dianjurkan semula pada tahun ini dalam skala yang lebih besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, beliau menerima kunjungan penggerak GSF dan Sumud Nusantara hari ini.

“Mendengar pengalaman mereka merancang dan menggerakkan misi GSF membawa mesej kemanusiaan pembebasan Palestin dan memecah kepungan di Gaza.

“Komuniti antarabangsa daripada pelbagai bangsa dan agama menyertai misi ini dan dijangkakan misi seterusnya akan diadakan juga pada tahun ini dengan skala yang lebih besar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

GSF adalah gerakan solidariti antarabangsa menerusi pelayaran kapal dan bot bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza.

Tujuan utama untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan menarik perhatian dunia terhadap krisis hak asasi di Gaza.

Misi GSF tahun lalu menyaksikan Israel menahan lebih 450 aktivis dari lebih 50 negara termasuk 23 sukarelawan Malaysia.

Bot mereka dipintas, namun dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal ekoran desakan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN