fbpx
FURY kini giat menjalani latihan dan bakal membuat kemunculan semula pada Mac nanti selepas lebih setahun bersara. - AFP

Fury sah kembali ke gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas juara heavyweight dunia, Tyson Fury mengesahkan komitmen untuk kembali ke gelanggang pada 2026, sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung status persaraannya yang diumumkan setahun lalu.

Petinju Britain berusia 37 tahun itu kali terakhir beraksi pada Disember 2024 apabila tewas buat kali kedua kepada juara Ukraine, Oleksandr Usyk sekali gus mencetuskan persaraanya.

Bagaimanapun, momentum kebangkitan Fury mula dikesan sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas dia berkongsi rakaman menjalani latihan di Thailand bersama petinju Afrika Selatan, Kevin Lerena.

Menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad, Fury mengesahkan perkara itu dan mengakui tidak sabar untuk melepaskan tumbukan.

“2026 adalah tahunnya. Kembali pada Mac. Sudah lama menyepi, tetapi saya kembali sekarang. Berusia 37 tahun dan masih menumbuk. Tiada pekerjaan yang lebih baik selain menumbuk muka orang dan dibayar untuk melakukannya,” tulisnya.

Keputusan Fury untuk membatalkan persaraan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini dia pernah mengumumkan persaraan selepas menewaskan Dillian Whyte pada April 2022, sebelum kembali beraksi enam bulan kemudian.

Sebelum ini, satu pertembungan antara Fury dan Anthony Joshua dikatakan bakal diadakan di Arab Saudi, namun kini dalam fasa ketidaktentuan selepas Joshua mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Nigeria baru-baru ini.

Joshua sebelum itu menyatakan kesediaan untuk membalas dendam untuk menumbangkan Fury selepas menewaskan Jake Paul pada Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI