SINGAPURA, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Esco Aster, CRDMO sel dan derivatif bersepadu secara vertikal yang berpangkalan di JTC LaunchPad Singapore, mengumumkan sokongan pembuatan CMC untuk program eksosom sasaran HLA-G Shine-On Biomedical. Shine-On Biomedical menaja Esco Aster pada tahun 2023 untuk perkhidmatan cGMP, bermula dengan pembangunan eksosom hasil tinggi menggunakan platform titisan sel Esco Aster. Laporan teknikal melibatkan proses, analisis dan pembangunan formulasi, pemuatan ubat eksosom, pelaksanaan kejuruteraan GMP dan kajian kestabilan menyokong penyerahan IND Shine-On. IND telahpun diluluskan oleh FDA A.S. pada Suku Pertama 2025.
Tambahan pula, Esco Aster menyediakan perkhidmatan teknikal untuk kajian kebolehlaksanaan pemuatan eksosom eksploratori mengikut arahan Shine-On. Shine-On Biomedical ialah penginovasi baru muncul dalam bidang penyampaian ubat berasaskan eksosom.
Produk proprietari daripada ShineOn, SOB100, pembawa penyampaian ubat eksosom sasaran HLA-G, telahpun lulus semakan U.S. FDA IND dan kajian Fasa I yang sedang berjalan, lalu menjadikannya sebagai platform eksosom sasaran HLA-G berpotensi pertama dalam kelasnya untuk pembangunan ubat-ubatan.
Kenyataan Daripada Hung-Che Chiang, Pengurus Besar Shine-On Biomedical
"Kajian praklinikal menunjukkan ciri-ciri biotaburan (biodistribution) menggalakkan yang menyokong penelitian lanjut merentas muatan berasaskan molekul kecil, asid nukleik dan protein."
Pada masa yang sama, Esco Aster menyediakan Mitosis™ Enterprise Solutions bagi menyokong penilaian pada masa depan yang berpotensi terhadap aliran kerja cGMP sekali guna di China Medical University Hospital.
Kolaborasi ini memantapkan kedudukan Esco Aster sebagai CRDMO tempatan sepenuhnya yang pertama di Singapura yang menawarkan pembangunan eksosom kanser yang direkayasa secara hujung-ke-hujung—bermula daripada penciptaan titisan sel hinggalah pembuatan GMP menggunakan bioreaktor 3D Tide Motion™ dipatenkan. Teknologi ini mengurangkan COGS dengan mendayakan pelbagai penuaian medium terlazim bagi setiap pusingan. Esco Aster turut membangunkan secara bersama program terapi sel autologus di ASEAN, termasuk platform pengaktifan semula sel-T yang menyasarkan NSCLC mutasi KRAS bukan-G12C.
Esco Aster menyokong penginovasi Asia-Pasifik melalui peningkatan skala biopembuatan, capaian pasaran dan pengkomersialan merentas Asia Selatan, ASEAN dan Oceania—rantau yang bernilai ~USD 10.5 trilion KDNK dengan ~2.6 bilion penduduk. Disokong oleh rangkaian pusat perubatan dan pakar klinikal-saintis, Esco Aster memudahkan kajian IIT dan FIM, terutamanya di Australia yang melaluinya insentif penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat mengurangkan kos. Syarikat ini memajukan visi "One World BioSolutions for One Health" bagi mengupayakan hasil yang tinggi pada kos GMP yang rendah bagi memperteguh bioekonomi Singapura dan juga Asia.
Hubungi
Esco Aster Pte. Ltd.
[email protected]
Laman Web: https://escoaster.com/
Shine-On Biomedical Co., Ltd.
[email protected]
Laman Web: https://en.shineon-bio.com/
© 2025 Esco Aster Pte. Ltd. and Shine-On Biomedical Co., Ltd. Hak cipta terpelihara.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4857007_MS57007_6














