fbpx
GAKPO meledak gol kedua Liverpool pada masa kecederaan, namun masih gagal membantu kemenangan pasukan itu. - AFP

EPL: Percaturan Slot ‘makan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui keputusan pertukaran pemain pada minit akhir perlawanan memakan diri selepas Fulham mengikat keputusan seri 2-2 hasil jaringan jarak jauh Harrison Reed di Craven Cottage, kelmarin.

The Reds hampir meraih kemenangan pertama mereka bagi tahun 2026 selepas Cody Gakpo meledak gol pada masa kecederaan untuk mengubah kedudukan kepada 2-1, selepas Florian Wirtz terlebih dahulu menyamakan kedudukan susulan jaringan awal Harry Wilson.

Namun, kegembiraan Liverpool tidak bertahan lama apabila Reed melepaskan rembatan menakjubkan dari luar kotak penalti untuk menghadiahkan satu mata kepada Fulham, sekali gus menafikan peluang The Reds mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas.

Slot mendedahkan, dia menjangkakan Fulham akan menggunakan lontaran jauh ke dalam kotak penalti pada saat akhir, menyebabkan dia memasukkan Joe Gomez bagi memperkukuh pertahanan.

“Kami bawa masuk Gomez kerana dia sangat baik dalam situasi bola di udara. Kami jangka lontaran jauh. Namun mereka ambil sepakan pendek dan Reed melakukan satu rembatan luar biasa. Ia bukan kali pertama musim ini kami dibolosi pada saat-saat akhir,” kata Slot.

Slot turut meluahkan kekecewaan apabila Liverpool sekali lagi kehilangan mata meskipun mengawal sebahagian besar perlawanan dan jarang memberi peluang kepada lawan.

“Banyak mata telah terlepas. Sudah tentu ia mengecewakan,” katanya.

Menurut Slot, faktor tuah juga tidak memihak kepada Liverpool musim ini, namun menegaskan pasukannya perlu memperbaiki keupayaan mengurus perlawanan terutama ketika ia menuju ke wisel penamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN