fbpx
Pep Guardiola

EPL: Manchester City berisiko hilang impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Jaringan penyamaan Chelsea pada masa kecederaan menyaksikan Manchester City semakin keliru dan cemas mengenai misi mereka untuk merampas gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kegagalan meraih kemenangan pada perlawanan itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola kini ketinggalan enam mata di belakang Arsenal apabila seri dalam dua perlawanan terakhir berturut-turut.

Pada perlawanan itu, City membuka tirai jaringan pada hujung babak pertama menerusi Tijani Reijnders sebelum Enzo Fernandez muncul penyelamat Chelsea yang sedang terumbang ambing ekoran kehilangan pengurus.

“Saya tidak mempunyai bola kristal untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa depan. Apa yang ada dalam fikiran saya ketika ini adalah untuk memastikan pemain bersedia untuk berdepan Brighton.

“Kami bermain dengan baik pada babak kedua ketika menentang Sunderland dan kali ini kami tidak memiliki cukup tuah walaupun berjaya meledak gol. Saya akui kami bermain dengan baik menentang pasukan sehebat Chelsea.

“Bagaimanapun, anda bola mencipta peluang dan memiliki jangkaan jaringan yang tinggi berbanding pasukan lain, tetapi apa yang penting kami perlu menterjemakannya menjadikan gol,” katanya.

Ketika ini, City masih kebal mempertahankan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan terakhir mereka, namun kegagalan mengutip mata penuh dalam dua perlawanan terakhir ini mampu menamatkan impian mereka memburu kejuaraan ketika Arsenal berjaya mengekalkan momentum kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI