fbpx
YAHAYA Othman menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, hari ini.

Dua inspektor dan lima anggota polis diarah jalani kerja pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Dua inspektor dan lima anggota polis yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti melibatkan dadah diarahkan menjalani kerja-kerja pejabat sehingga siasatan selesai.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan masih giat dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah.

“Saya amat sedih dengan kejadian ini, cuma kita tidak akan berkompromi atau sifar toleransi kepada mereka yang terlibat.

“Kita tidak mahu seperti ‘harapkan pegar, pegar makan padi. Sebagai benteng pertahanan, kita tidak mahu ada anggota polis terlibat dalam penyalahgunaan dadah ini.

“Jadi kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka namun kes ini masih lagi dalam siasatan lanjut,”katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau memberitahu, berdasarkan statistik sepanjang tahun lalu, seramai 21 pegawai dan anggota polis di negeri ini terlibat dalam kes berkaitan dadah, dengan 12 daripadanya telah dibuang kerja.

“Tindakan tegas itu membuktikan kesungguhan kita dalam membersihkan pasukan daripada unsur yang boleh mencemarkan imej dan kepercayaan masyarakat,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI