fbpx
Anggota polis membawa Wan Azmir (kiri) dan Haris untuk didakwa atas pertuduhan menyeludup sembilan PATI di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Dua buruh didakwa seludup 9 PATI warga Myanmar naik Perodua Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dua buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Pantai Cahaya Bulan dekat sini pada bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Haris Shafie, 33 dan Wan Azmir Wan Aznam, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes penyeludupan migran di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa menjalankan penyeludupan migran melibatkan sembilan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah MPV jenis Perodua Alza di Jalan Pantai Cahaya Bulan kira-kira pukul 11.50 malam pada 8 Disember 2025.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala Haris dan Wan Azmir tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin selain menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI