fbpx
Nur Asyura Medina menjalani pembedahan hati di sebuah hospital di Shanghai, China.

Dr. Akmal terbang ke Shanghai lawat adik Medina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berlepas ke Shanghai, China hari ini untuk melawat kanak-kanak penghidap penyakit Biliary Atresia, Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq.

Dr. Muhamad Akmal berkata, beliau dimaklumkan Nur Asyura Medina, 2 tahun 4 bulan yang telah berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati sudah dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU)

“Saya minta diri sekejap sebab nak melawat jantung hati di Shanghai. Kita nak tengok adik Nur Asyura Medina dah boleh keluar ICU, jadi dah boleh ziarah.

“Dengar kata Nur Asyura Medina dah boleh balik ke Malaysia, jadi kita nak tengok macam mana kalau boleh balik sekali dengan dia ke Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Dr. Muhamad Akmal menyerahkan wang simpanan RM120,000 untuk menunaikan haji bagi membantu Nur Asyura Medina yang memerlukan rawatan pemindahan hati segera di China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI