![]() |
– NBA China Games 2026 Dipersembahkan Oleh Taobao 88VIP Akan Menampilkan Mavericks and Rockets Bermain Perlawanan Pramusim pada 9 dan 11 Oktober di The Venetian Arena –
MACAU, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — National Basketball Association (NBA) dan Sands China Ltd. (Sands) mengumumkan pada hari ini bahawa NBA China Games 2026 yang dipersembahkan oleh Taobao 88VIP akan menampilkan Dallas Mavericks dan juga Houston Rockets untuk bermain dalam perlawanan pramusim pada hari Jumaat, 9 Oktober dan Ahad, 11 Oktober di The Venetian Arena, Macau.
Selain dua perlawanan ini, NBA dan Sands akan menganjurkan acara peminat yang interaktif termasuk NBA House dan Hari Peminat NBA yang dipersembahkan oleh Alibaba Cloud, klinik bola keranjang belia serta Minggu Impak Komuniti anjuran NBA Cares dan Sands Cares bagi membawakan program impak sosial yang memfokuskan pada aspek kesihatan, kesejahteraan dan juga kelestarian.
NBA China Games 2026 akan dibawakan kepada peminat di lebih 200 negara dan wilayah melalui kaca televisyen, media digital dan media sosial. Selain Rakan Penyampai Taobao 88VIP, perlawanan dan acara sekitarnya akan disokong oleh beberapa rakan pemasaran, termasuk Alibaba Cloud, Ant International, Amazon Web Services, Gatorade, Mengniu Group, Nike dan Tissot. Sands China, Rakan Pusat Peranginan Bersepadu Rasmi NBA China, berperanan sebagai Penaja Rasmi bagi perlawanan ini.
Maklumat mengenai jualan tiket dan acara peminat, belia serta komuniti akan diumumkan pada tarikh yang akan datang.
Petikan Eksekutif:
Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Pegawai Operasi NBA Mark Tatum:
"Perlawanan di Macau pada awal musim ini memperlihatkan betapa tingginya minat dan semangat yang ada terhadap NBA dalam kalangan peminat di China dan juga seluruh Asia. Kami tidak sabar untuk menyambut Mavericks dan Rockets ke Macau dan berinteraksi sekali lagi dengan peminat, pemain yang bercita-cita tinggi serta masyarakat setempat melalui perlawanan dan acara sekitarnya."
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sands China Ltd., Grant Chum:
"Meneruskan kejayaan cemerlang NBA China Games 2025 pada Oktober lalu, saya berasa teruja dengan program yang kami rancang untuk NBA China Games 2026 yang menampilkan Dallas Mavericks dan juga Houston Rockets. Kami berasa yakin dan bersedia untuk menyambut pasukan, pemain, legenda serta peminat dari seluruh dunia ke Macau untuk mengalami satu lagi minggu NBA yang menakjubkan yang dipenuhi dengan pengalaman sukan, hiburan serta komuniti yang tidak dapat dilupakan."
Gabenor Dallas Mavericks dan Presiden serta Ketua Pegawai Operasi Las Vegas Sands Corp Patrick Dumont:
"Ini merupakan penghormatan yang cukup besar buat Sands untuk menjadi tuan rumah perlawanan di The Venetian Arena pada musim luruh akan datang. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyambut Mavericks ke Macau dan bagi membolehkan pasukan berkenaan merasai layanan luar biasa yang disediakan oleh harta tanah Sands." Kejayaan dalam NBA China Games 2025 memperlihatkan kekuatan NBA dalam mewujudkan keterlibatan peminat dan pengalaman menarik di seluruh dunia. NBA China Games 2026 akan menjadi satu lagi peluang hebat untuk mempersembahkan liga, atlet bertaraf dunia dan keterujaan yang dibawa olehnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pesuruhjaya Adam Silver dan Timbalan Pesuruhjaya Mark Tatum atas kepimpinan mereka dan juga organisasi Houston Rockets atas sokongan padu mereka kepada NBA China Games 2026."
Gabenor Gantian Houston Rockets Patrick Fertitta:
"Houston Rockets ialah jenama ikonik yang mendapat sokongan seluruh dunia dan kami berbesar hati kerana dipilih seiring bersama Dallas Mavericks untuk membawa perlawanan bersaiz Texas ke Macau sebagai sebahagian daripada NBA China Games 2026." Sejak memilih Yao Ming yang dimasyhurkan dalam Hall of Fame sebagai yang pertama secara keseluruhannya pada tahun 2002, kami mendapat kasih sayang yang luar biasa daripada peminat sukan bola keranjang China yang bersemangat dan turut mencipta beberapa kenangan indah ketika bermain di luar negara. Kami teruja kerana mendapat satu lagi peluang untuk mewakili NBA di luar negara dan mempersembahkan pasukan kami di hadapan peminat di Macau pada pramusim akan datang."

2024-25 NBA All-Defensive First Team member Amen Thompson of the Houston Rockets and 2025 No. 1 overall pick Cooper Flagg of the Dallas Mavericks (Credit: NBA)
2024-25 NBA All-Defensive First Team member Amen Thompson of the Houston Rockets and 2025 No. 1 overall pick Cooper Flagg of the Dallas Mavericks (Credit: NBA)
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4856978_MS56978_6















