fbpx
LIAM Rosenior bersetuju dengan kontrak jangka panjang untuk melatih Chelsea sehingga 2032. - AFP

Chelsea sah dapatkan khidmat Rosenior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea sah memilih Liam Rosenior sebagai pengurus baharu bagi mengisi ‘kerusi panas’ yang ditinggalkan oleh Enzo Maresca.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian jangka panjang, menyaksikan mantan pengendali kelab Perancis, Strasbourg itu bersetuju untuk sertai The Blues dengan ikatan kontrak sehingga 2032.

“Saya rasa bangga apabila dilantik sebagai jurulatih Chelsea dimana kelab ini mempunyai semangat yang cukup unik dan pasukan ini juga mempunyai sejarah memenangi banyak kejuaraan.

“Tugas saya adalah untuk mempertahankan identiti kelab dan cuba bantu pasukan terus memenangi piala. Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan diberikan dan akan lakukan apa saja untuk bantu kejayaan pasukan,” katanya.

Sebelum ini, The Blues gagal memenangi sebarang perlawanan dalam empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris dan kini berada di kedudukan kelima dalam carta liga.

Untuk rekod, Rosenior sebelum ini turut pernah melatih dua lagi kelab Inggeris iaitu Hull City dan Derby County. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI