fbpx
Anwar dan isteri berlepas ke Turkiye bersama delegasi Malaysia hari ini

Anwar dan isteri berlepas ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye dengan ditemani oleh isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Anwar berkata, lawatan rasmi beliau ke Turkiye bersama delegasi Malaysia itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Lawatan ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang.

“Berlandaskan nilai persahabatan dan saling menghormati yang telah terjalin sekian lama,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau berharap urusan lawatan rasmi beliau bersama isteri dan delegasi Malaysia ke Turkiye dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI