SINGAPURA – Sekurang-kurangnya 10 buah motosikal terlibat dalam satu kemalangan di laluan Johor-Singapura Causeway semalam, menyebabkan kenderaan itu terbalik, lapor portal berita Must Share News.
Video dikongsikan di media sosial menunjukkan motosikal terbabit bertindih dan menghalang sepenuhnya lorong motosikal.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi di laluan menghala ke Singapura.
Menurut laporan, seorang penunggang motosikal yang terlibat berkata bahawa kemalangan bermula selepas seorang penunggang menjatuhkan gerudi elektrik yang dibawa di atas jalan.
Dia memberhentikan motosikal di tengah jalan lalu turun untuk mengambil gerudinya.
Tindakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 motosikal di belakang berlanggar dan terbalik.
“Empat penunggag cedera dan dibawa ke hospital,” kata pengirim hantaran video tersebut. – AGENSI














