PETALING JAYA – Ratusan pengguna jalan raya yang ingin pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur terpaksa bersabar apabila laluan utama di Gua Musang lumpuh sepenuhnya selama lebih empat jam sempena cuti hujung minggu semalam.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @NrDinie, individu itu menunjukkan keadaan aliran sekitar petang semalam memaparkan barisan kenderaan yang panjang dan tidak bergerak ditambah pula laluan tersebut berbukit .
Katanya, dia dalam perjalanan dari Pasir Puteh menuju ke Selangor.
Menurut beberapa pengguna lain, kesesakan teruk itu bermula sekitar pukul 10 pagi apabila anak perantau mula bergerak pulang keluar dari kampung halaman selepas selesai menghabiskan baki cuti hujung tahun 2025.
Ada juga pengguna berkongsi tempoh perjalanan masing-masing dari Pantai Timur ke Lembah Klang.
“Hadir naik bas, 4 Januari gerak 10 malam sampai Putrajaya pukul 9 pagi tadi,” kata Maisarah.
“Kena juga semalam 13 jam. Kita Kota Bharu pukul 10, masa terkahir di Gua Musang pukul 6 petang, sambung pula jem (sesak) Bentong ke Gombak,” kongsi Eika Zaini.
Pengguna, Lailerr berkata, keadaan sesak di Gua Musang berlarutan dari siang hingga ke malam apabila ramai terperangkap dalam kesesakan tersebut.
“Sampai 12 tengah malam makan jem (sesak),” kata Aswad – KOSMO! ONLINE
@acu_nie Ingat naik hari ni dok make jem… Supo tulo jah nyo eh 😩 #guamusang #jem #holiday #fyppppppppppppppppppppppp #nrdinie ♬ hijau bumi tuhan xpdc – syed ahmad zaki














