fbpx
Keadaan premis menjual telefon bimbit selepas dirompak tiga lelaki di Sungai Petani, awal pagi ini.

Tiga lelaki bertopeng rompak kedai telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Sebuah premis menjual telefon bimbit, di sini mengalami kerugian kira-kira RM20,000 dalam kejadian rompakan, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga lelaki bertopeng dikatakan memecahkan pintu kaca premis sebelum melarikan pelbagai jenis telefon bimbit.

Seorang pengawal keselamatan ketika ditemui di lokasi mendakwa diacukan pisau oleh suspek dan diminta supaya berdiam diri.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu mendakwa dia berada di dalam kereta miliknya di hadapan premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati tiga suspek terlibat dalam rompakan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Selain itu, kita mendapati pengawal keselamatan terbabit bercakap tidak benar mengenai kejadian.

“Kita siasat dakwaan dia diugut dan dipukul, namun siasatan awal mendapati dia tiada di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 495 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI