Minggu lalu nama Malaysia mengharum di Maghribi. Bukan melalui sukan, ekonomi atau politik sebaliknya disebabkan satu tesis ilmiah mengenai ulama prolifik kelahiran negara itu, Sayyid Ahmad ibn Idris. Tesis itu seakan menghidupkan dan memperkenalkan semula lelaki hebat bernama Ahmad Idris bukan sahaja kepada dunia Islam, malah buat penduduk Maghribi sendiri walaupun ulama itu telah meninggal dunia pada tahun 1837 di Sabya, Yemen. Ya, 188 tahun lamanya. Kajian mendalam mengenai keilmuan, kehidupan dan kebijaksanaan ulama tersohor itu disampaikan oleh orang Rembau,…














