fbpx

Sukan dan Pelancongan Bergabung di Sanya Apabila Maraton 2025 Berakhir Sepanjang Pantai Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perlumbaan menggambarkan usaha Hainan yang lebih luas untuk menghubungkan acara sukan bertaraf antarabangsa dengan pembangunan ekonomi serta keterlibatan global.

SANYA, China, 5 Januari 2026 /PRNewswire/ — Maraton Hainan (Sanya) kali ke-7 telahpun berakhir pada hari Ahad yang menarik minat 14,000 peserta dari 20 negara dan wilayah. Diadakan menerusi tema "Run Past Your Limits. Straight to the Sea" ("Lari Melampaui Had Anda. Terus Menuju ke Laut"), acara ini menggabungkan pemandangan pantai tropika dengan perlumbaan kompetitif melalui pelbagai format perlumbaan, perkhidmatan yang dipertingkat dan inovasi digital. Setelah berlangsungnya perlumbaan yang menjerihkan, Yang Yuan dari China memenangi maraton penuh bagi kategori wanita dengan catatan masa 2:50:11, manakala Zhao Guohu merangkul gelaran pemenang bagi kategori lelaki dengan catatan masa 2:23:21.


Zhao Guohu, pemenang bagi kategori lelaki, berkata laluan rata dan iklim Sanya yang hangat membantu menyumbang prestasi yang mantap kepada mereka. Beliau menambah bahawa tenaga dan sokongan daripada penonton serta sukarelawan sepanjang laluan maraton membantu mewujudkan suasana yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Bagi memberikan pengalaman maraton yang unik di Sanya melalui integrasi antara sukan, pelancongan dan budaya, pihak penganjur memberi nafas baharu kepada peranan stesen bantuan. Stesen-stesen Pengalaman Pelancongan Budaya ditempatkan sepanjang laluan maraton. Selain memberikan sokongan perlumbaan, stesen-stesen ini memaparkan kraf tradisional dan seni rakyat, persembahan lagu dan tarian etnik Li dan Miao, peluang merasa masakan tempatan dan aktiviti berfokuskan budaya yang interaktif. Elemen-elemen ini bersama-sama memberikan gambaran yang lebih dekat kepada para pelari berhubung karakter tempatan Sanya, di samping menambah konteks budaya dan keterlibatan di laluan untuk acara ini.

Pada masa yang sama, pihak penganjur menyediakan perkhidmatan terkoordinasi kepada para pelari yang meliputi penginapan, pengangkutan, bersiar-siar dan membeli-belah. Faedah-faedah rakan kongsi termasuk kadar hotel diskaun dengan daftar keluar lewat, tawaran tambang penerbangan yang dikurangkan dan faedah istimewa membeli-belah bebas cukai. Inisiatif digital melibatkan pengeluaran pingat kenang-kenangan digital berasaskan blok rantai yang tersedia untuk dibeli melalui platform Alipay. Perlumbaan maya yang dihoskan pada Alipay, DingTalk dan Amap turut mengupayakan penyertaan jarak jauh.

Yang Yong, Pengurus Besar Acara dan Pengkomersialan bagi rakan kongsi acara Orange Lion Sports (dahulunya Alibaba Sports), berkata pihak penganjur memanfaatkan sumber daripada ekosistem Alibaba – termasuk Taobao, Fliggy, Alibaba Health, Ant Chain dan Amap – untuk memperluas jangkauan acara dan berhubung dengan lebih berkesan bersama audiens larian domestik dan antarabangsa, seterusnya menggalakkan penyertaan yang lebih besar bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan acara.

Sejak awal tahun 2024, Hainan menganjurkan lebih 700 acara sukan, menarik minat lebih daripada 4 juta penonton dan menjana lebih 7 bilion yuan daripada perbelanjaan pengguna. Menerusi iklimnya yang baik dan persekitaran alam semula jadi, Maraton Sanya terus memacu ekonomi tempatan melalui integrasi sukan-pelancongan.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855839_MS55839_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI