KEJOHANAN Sukan SEA Thailand 2025 baru sahaja berakhir bulan lalu dan kontinjen Malaysia mencatatkan prestasi membanggakan. Malaysia berjaya berada di tempat keempat dengan membawa pulang sebanyak 231 pingat terdiri daripada 57 emas, 57 perak dan 117 gangsa. Malah, ada atlet-atlet negara yang menyumbang pingat emas sebenarnya masih berstatus sebagai seorang mahasiswa di universiti awam. Atlet-atlet daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mewakili……














