fbpx
Gambar hiasan

Perolehan Tentera Darat: 26 pemilik syarikat akan direman bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap 26 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat.

Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat tersebut turut terlibat dan tidak menolak kemungkinan mereka akan direman bagi membantu siasatan.

“SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi disekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya hari ini.

SPRM pada 23 Disember tahun lalu telah hadir ke Kementerian Pertahanan (Mindek) dan menyiasat projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Sebelum ini, pegawai kanan Tentera Darat dilaporkan tidak hadir memberi keterangan di Ibu SPRM selepas dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan SPRM telah merakam keterangan lima pemilik syarikat, dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang.

SPRM turut menjalankan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi pegawai kanan Tentera Darat.

Beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan telah disita SPRM.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI