fbpx
Anggota polis membawa Mohd. Nazrulhisam untuk didakwa atas pertuduhan memiliki kerambit di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Penganggur mengaku simpan kerambit dijel lima tahun, satu sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas atas pertuduhan memiliki kerambit di Bachok dekat sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Nazrulhisam Mohd. Nordin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah kerambit sepanjang 12 sentimeter tanpa maksud atau kebenaran yang sah di tepi jalan Kampung Telong, Bachok kira-kira pukul 5.20 petang pada 29 Disember lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Syafiqah memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan perlu menjaga tiga orang anak yang bersekolah dan masih tinggal bersama ibu bapa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN