fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Mayat bayi bertali pusat, uri ditemui dalam bakul sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat dan uri ditemui dalam sebuah bakul sampah di kawasan tandas wanita, Hentian Sebelah Yong Peng Utara, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Yong Peng di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mayat bayi tersebut ditemui pukul 3 petang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Katanya, Siasatan awal polis dibantu sepasukan pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Yong Peng, Batu Pahat, mengesahkan telah dijumpai seorang bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat dan uri dalam keadaan tidak bernyawa.
“Bayi itu dibaluti dengan sehelai baju dan diletakkan dalam sebuah bakul sampah di kawasan tandas wanita di hentian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk bedah siasat dan pemeriksaan lanjut, manakala siasatan polis mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu agar dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran. Mereka juga boleh berbuat demikian melalui Hotline Polis Kontinjen Johor menerusi talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI