fbpx
Gambar hiasan

Kementerian diarah laksana segera, kenal pasti projek kecil seawal Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian memastikan memastikan pelaksanaan projek-projek kecil segera dijalankan dengan mengenal pasti projek-projek terlibat seawal Februari ini.

Perdana Menteri berkata, projek-projek itu termasuk jalan desa, pembinaan kuarters, klinik daif dengan membenarkan lantikan terus kontraktor diberikan untuk projek bernilai sehingga RM200,000 dan sebut harga sehingga RM1 juta.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi projek kecil untuk kumpulan kontraktor G1 hingga G4 yang kebanyakannya dikendalikan oleh kontraktor bumiputera dan pelaksanaan harus bermula sekarang di peringkat negeri dan pejabat daerah dan mempercepat semua proses.
“Ini saya tekankan juga (pemulihan) sekolah daif juga dibenarkan dan terbuka kepada pra kelayakan (kontraktor).

“Projek yang lain berjalan ikut jadual, saya tak bimbang sangat tentang projek tebatan banjir kerana ia berjalan ikut keperluan, perumahan awam, ECRL, lebuh raya Pan Borneo yang mana sekarang sudah bermula, tapi saya tekankan tentang projek-projek kecil yang harus dijalankan lebih cepat,” katanya ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, buat pertama kali waran am perbelanjaan dikeluarkan pada Disember 2025 berbanding sebelum ini hanya dikeluarkan pada Mac atau April setiap tahun.

Katanya, langkah ini membolehkan pelaksanaan projek-projek dijalankan lebih cepat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI