fbpx
Syakirah Hanan maut kemalangan di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu hari ini.

‘Impian Syakirah Hanan jadi guru terkubur selepas dilanggar Honda Jazz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang gadis, Syakirah Hanan Mazli, 25, yang maut selepas kereta jenis Perodua Viva dipandu dirempuh Honda Jazz di Jalan Kemajuan di sini dikatakan dalam perjalanan menuju ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk mengambil lesen mengajar bagi latihan praktikum.

Bapanya, Mazli Yusoh, 51, berkata, anak kedua daripada tujuh beradik itu sepatutnya menjalani latihan praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Besut pada Mac depan.

“Sebelum keluar rumah di Kuala Bekah pada pukul 10 pagi, arwah (Syakirah Hanan) beritahu dia mahu ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu untuk melakukan perbincangan pelajaran.  Selepas itu dia mahu ke JPNT untuk mengambil permit mengajar bagi latihan pratikum,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Mazli berkata, anaknya melanjutkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Pendidikan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tahun lalu untuk memburu cita-cita sebagai guru.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Besut itu berkata, arwah anaknya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al Azhar, Mesir mahu mengikut jejaknya dan isteri, Nurul Huda Ibrahim, 50, menjadi pendidik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI