fbpx
Mazli (kanan) dan Nurul Huda (dua dari kanan) menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz di pekarangan Rumah Mayat HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Ibu bapa pemandu Honda Jazz tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Keluarga Syakirah Hanan Mazli, 25, berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta jenis Honda Jazz yang terlibat kemalangan ngeri sehingga mengorbankan gadis itu di Jalan Kemajuan, di sini semalam.

Bapanya, Mazli Yusof, 51, berkata, dia dan isterinya, Nurul Huda Ibrahim, 50, menerima baik kehadiran ibu dan bapa lelaki berusia 32 tahun tersebut yang menemui mereka di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sebentar tadi.

“Saya tiada masalah, bukan salah dia (ibu bapa pemandu Jazz) pun. Semua yang berlaku ini sudah suratan takdir. Allah telah menetapkan macam itu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pasangan suami isteri dipercayai ibu bapa pemandu Honda Jazz itu meluangkan masa hampir dua minit dan tidak putus-putus memohon maaf kepada Mazli dan Nurul Huda sambil menitiskan air mata.

Mazli yang juga adik penceramah agama, Datuk Mohd. Zawawi Yusof berkata, biarpun memaafkan, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat bagi mendapatkan keadilan buat anak gadisnya.

“Dari segi undang-undang dunia, kita ikut juga. Ini kecuaian manusia,” katanya.

Syakirah Hanan yang merupakan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Pendidikan Islam) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaikinya dirempuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan pada pukul 1.30 tengah hari.

Sewaktu kejadian, pemandu Honda Jazz yang cedera parah di leher dan tangan kanan dipercayai melanggar lampu isyarat merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN