fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu melilit bangkai ular di pergelangan tangannya demi menakutkan polis. - X

Hayun ular untuk elak disaman polis trafik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki melarikan diri daripada anggota polis trafik selepas ‘mengacukan’ bangkai seekor ular untuk menakutkan penguatkuasa berkenaan, lapor stesen penyiaran NDTV.

Kejadian berlaku di Hyderabad, negeri Telangana, India  semalam.

Lelaki itu ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki memandu kenderaan tiga roda di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba mengeluarkan bangkai seekor ular untuk mengugut anggota terbabit agar tidak dikenakan saman.

Rakaman video dimuat naik di platform X menunjukkan dia membuka lilitan ular daripada pergelangan tangannya lalu dihayunkan ke wajah anggota tersebut.

Lelaki itu melarikan diri ketika anggota berkenaan cuba mengawal keadaan orang ramai yang panik.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI