fbpx
Ruben Amorim

EPL: Manchester United pecat Amorim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United mengesahkan memecat Ruben Amorim selaku pengurus serta-merta susulan beberapa keputusan hambar yang dicatatkan oleh pasukan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, pengurusan The Red Devils mengesahkan keputusan itu dibuat dengan berat hati memandangkan United ketika ini berada di tangga keenam liga.

“Manchester United berada di kedudukan keenam EPL, tetapi pihak pengurusan kelab secara terpaksa merasakan bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melakukan perubahan

“Keputusan ini diambil bagi memberikan pasukan peluang terbaik untuk mencapai kedudukan tertinggi yang mungkin dalam kempen EPL musim ini,” kata kenyataan tersebut.

Sidang media selepas seri 1-1 bertemu Leeds United malam tadi berlangsung dengan cukup panas apabila Amorim menyelar beberapa pihak yang mengkritik dan mempersoal taktikal yang cuba diterapkan selain pengurusan tertinggi United.

“Saya hadir ke sini sebagai pengurus, bukan jurulatih. Saya tahu nama saya bukan (Thomas) Tuchel, (Antonio) Conte atau (Jose) Mourinho, tetapi saya adalah pengurus Manchester United. Saya akan melakukan tugas saya sehingga ada orang lain datang dan menggantikan tugas saya,” jelasnya.

Sebagai rekod, Amorim telah dilantik pada November 2024 bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali Belanda, Erik Ten Hag yang dipecat dengan kontrak hingga 2027. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI