fbpx
Jaringan Enzo Fernandez memastikan The Blues membawa pulang satu mata berharga.

EPL: Chelsea puas calar ego Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali interim Chelsea, Calum McFarlane mengakui bangga dengan prestasi dipamerkan pemain Chelsea ketika berjaya mengikat Manchester City 1-1 di Etihad pada aksi awal pagi tadi.

McFarlane yang mengemudi pasukan bawah 21 tahun Chelsea ditugas menggantikan Enzo Maresca yang meletakkan jawatan tiga hari lalu ketika ramai yang menjangkakan The Blues bakal berdepan kekalahan pada aksi kali ini.

“Semua orang fikir kami akan berdepan kekalahan pada aksi kali ini, tetapi karakter yang dipamerkan pemain sejak dua hari lalu dan hari ini sangat luar biasa. Kami menafikan jangkaan ramai pihak dengan menggunakan peluang pada aksi kali ini sebaik mungkin.

“Kami akan terus menjalani sesi latihan selepas ini. Saya akan terus mengemudi pasukan sehingga diberitahu oleh kelab untuk kembali ke tugas asal,” katanya.

Enzo Fernandez muncul penyelamat Chelsea menerusi gol penyamaan pada masa kecederaan ketika City mendahului menerusi Tijani Reijnders pada hujung babak pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI