fbpx
Ahmad Faisal (dua dari kanan) didakwa memiliki peralatan membuat wang palsu di Mahkamah Majisret Kemaman hari ini.

Bekas jurutera didakwa miliki peralatan membuat wang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang bekas jurutera mengaku bersalah memiliki peralatan memalsukan wang tunai di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Ahmad Faisal Mohd. Shahrani, 34, yang juga bapa dua anak membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memiliki seunit mesin fotostat jenama Toshiba dan seunit komputer riba jenama Dell yang digunakan untuk pemalsuan 359 keping wang kertas RM50 memakai siri nombor sama.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Teluk Kalong pada pukul 6 petang, 29 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes dan jatuh hukum pada 19 Januari depan.

Terdahulu, Ahmad Faisal turut mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu dan cubaan mencuri seutas gelang tangan emas di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI